Cool Blue Outer Glow Pointer

Tuesday, October 16

Oktober bulan Sedih

Kenapa? Sebab kehilangan seorang ayah tercinta... Subri Bin Md Rejab... 22.08.1956 - 3.10.2014... Alfatihah buat ayah...

💕

Ayah...
Kau adalah seorang wira
Yang sentiasa melindungi keluarga
Tidak kira letih dan jemu menyapa

Ayah...
Jasamu akan kami kenangkan
Bebelanmu menjadi ingatan
Teguranmu menjadi peringatan

Ayah...
Pemergianmu menjadi kerinduan
Ingatan kami tak akan pernah padam
Hanya ayah, satu dalam gelaran
Tiada tolok ganti di dalam Alam

Ayah... Ayahh... Ayahhh...
Semoga tenang aman di Sana
Semoga ditemukan kita di Sana...

InsyaAllah... 😔



Kifarah 😔

Assalamualaikum... Dalam Islam kita bahasakan Kifarah bukan Karma... Hampir nak terikut² gunakan Karma pulak! Ish..

Kifarah

   Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia . Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. 

Sabar jela... Allah tengah menguji... 😔😔



Thursday, April 12

Tampal Poster!!

Assalamualaikum & Selamat Malam....
Alhamdulillah hidup lagi.... hihihi.... Tekanan banyak sangat sekarang ni....
Harap semua baik-baik saja...


** Notis untuk coming soon....
"Lelong Logo" ngan harga yang murah @ harga boleh deal lagi...
(Sekali softcopy ai, pdf, cdr)

Tuesday, January 16

Design Lirik Lagu : Jatuh Bangun - Haqiem Rusli ft Aman Ra

Haaa... dah lama gak tercari2 lagu nihhh... Asyik dengar radio je...
Tapi xkenal tuan punya suara siapa...
 Pulun Gerodak Google ngn Youtube... Akhirnya jumpa budak nih... Hahaha... 
Dia punya style bawa lagu ni best.... 
#ala-ala Bruno Mars #ala-ala omputih ... hahaha 
#Style budak sekarang
nice!! nice!! \(O.~)/


<<<....Nak Tengok Video Clip nih... >>>

Monday, January 8

Happy New Year 2018!!

Assalamualaikum...

Rasanya belom terlambat nak ucap selamat tahun baru 2018... hihihihi
Turn on mood nak aktifkan balik dengan blog!! 


Apa pun azam baru tahun ni... harap tercapai yah!!
Happy New Year 2018!!