Cool Blue Outer Glow Pointer

Tuesday, October 16

Kifarah πŸ˜”

Assalamualaikum... Dalam Islam kita bahasakan Kifarah bukan Karma... Hampir nak terikut² gunakan Karma pulak! Ish..

Kifarah

   Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia . Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
 
Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. 

Sabar jela... Allah tengah menguji... πŸ˜”πŸ˜”



No comments:

Post a Comment